Long Distance LOVE "P.J.J"

assalamualaikum, hi uollss....
Qish' nak share lah sikit tip2 hubungan Percintaan Jarak Jauh aka "P.J.J" gitew tak kesah ler "PJJ"  ngan Hubby ker bgi yang dh Kawen ataupun bagi pasangan yang in LOVE yg OTW nak kawen ker...
Don't worry sape2 pon blh try tips ni ok...

Percintaan Jarak Jauh ni bukan utk Lovely couple jer tau, org2 yang dah kawen pun akan turut  merasa derita apabila berjauhan dengan "HUBBY" or "WIFE" tercinta. So, that why lah Qish' saje2 untuk fun create tips yang mungkin berguna untuk kita semua yer :)



di bawah ni Qish' nyatakan 5 tips berguna bagaimana cara untuk kita menjaga hubungan PJJ tu :



                       1 Keep on prays to HAPPILY EVER AFTER 
Berdoa adalah perkara yang paling utama sekali. So kita kenalah same2 Berdoa memohon kepada Allah agar dihindari dari perkara-perkara yang boleh merosakkan rumah tangga seperti kehadiran orang ketiga, bisikan syaitan dan sebagainya. Lazimnya, apabila pasangan tinggal berjauhan, maka tidak mustahil akan wujudnya anasir-anasir luar menghasut supaya meninggalkan pasangan mereka. Ingat, kita perlu rajin berdoa dan tabah.


2 Keep on contact
Rajinkan diri kita untuk bertanyakan khabar kepada pasangan setiap hari. Jangan sesekali kita lupa untuk menghubunginya setiap hari tidak kira sama ada SMS, Call, WhatApp, Wechat ker atau sebagainya lagi pun sekarang ni teknologi kan dah canggih bagai yang boleh dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. So no EXCUSE OK ! . Kalau yer pun 1 day kita busy memanjang at least wish lah "good morning", "good night" ker ataupun tanye "sihat ke tidak ?" kepada pasangan kita secara bergilir-gilir. Ha! bukan susah pun kan, tapi dinasihatkan, janganlah sampai berkira kredit  sangat atau nak saling balas membalas...kalau betul sayang kat pasangan tu tak perlulah sampai nak mcm tu kan. Ape2 pon biar semua tu smoothly datang drp keikhlasan hati sendiri gitew.


3 Dating time !
Sama ada isteri mahupun suami, kedua-duanya perlu berbincang sepakat untuk mengadakan pertemuan. Jika suami tinggal jauh hanya 100-200 KM dari tempat tinggal isteri, mungkin boleh mengadakan pertemuan setiap hujung minggu. Jika tidak, tetapkanlah sama ada dua minggu sekali mahupun sebulan sekali.
Jika terlalu jauh seperti di antara semenanjung dan Sabah Sarawak, pasangan perlu akur bahawa pertemuan secara kerap memang agak sukar untuk dilakukan lebih-lebih lagi ia melibatkan kos yang tinggi.

4 Always being honest
Antara kunci kebahagian adalah jujur terhadap pasangan. Jika tidak jujur, bagaimana kita mahu menjadikan hubungan itu dihindari dari tipu muslihat. Jika si isteri mahu keluar ke mana-mana, maklumkan pada suami agar dirinya tahu lokasi anda. Setiap pasangan jangan sesekali keluar berdua dengan orang lain yang berlainan jantina. 
Jujurlah dengan pasangan anda. Ini kerana selain boleh menimbulkan fitnah, ia juga juga boleh mengundang cerita-cerita kurang enak. Lagi bahaya jika cerita itu sampai ke telinga pasangan. Boleh berperang DUNIA KETIGA nanti.


5 Celebrate ANNIVERSARY with LOVE
Jangan sesekali kita lupa tentang tarikh ulang tahun perkahwinan ataupun percintaan. Jika kita lupa, ia sedikit sebanyak boleh merosakkan hubungan yang terbina dan pasangan kita akan mulalah berprangka tidak baik terhadap kita.
 Maka, sambutlah ulang tahun bersama dan usahakan diadakan dalam suasana yang sederhana tetapi romantik gitu. Tidak perlu pergi ke tempat yang mewah tetapi sudah memadai jika diri anda berada bersamanya dan berikan hadiah serta ucapkan "i love u" atau apa-apa ajerlah.


ok itu ajer, selamat berkongsi yer xoxo Qish' Nelysha.




1 comment: